INFO PSP DISINI...

INFO 1
ASAL USUL NAMA KAMPUNG PANGSENAM

Tahukah anda apakah asal usul nama kampung Pangsenam?

Kampung Pangsenam adalah sebuah kampung tradisional terletak hanya 4 kilometer dari Bandar Temerloh.  Ia terletak diantara Jalan Temerloh - Triang.  Kedudukan Kampung Pangsenam adalah selepas Kampung Buntut Pulau dan sebelum Kampung Tenggoh.

Di kampung Pangsenam terletak Pondok Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dan kini telah diambil alih anakanda Almarhum Tuan Guru Ustaz Anuar Hj Abdul Rahman. 

Asal usul nama Pangsenam adalah dari nama sebatang pokok Durian yang buahnya mempunyai 6 pangsa.  Biasanya buah durian ini hanya mempunya 5 pangsa sahaja.  Tetapi sangat berlaian dengan pokok durian di Kampung Pangsenam kerana mempunyai 6 pangsa.  Sejak itu, Kampung Pangsenam telah diberi nama Pangsa Enam oleh mereka yang awal menduduki kampung tersebut.

Masa berlalu, akhirnya nama Pangsa Enam telah disebut berulang-ulang dan akhirnya nama kampung tersebut di ringkaskan kepada Kampung Pangsenam.  Lokasi sebenar pokok durian pangsa enam ini adalah berdekatan dengan Gerai Ikan Patin milik PSP.  Dan dipercayai, sebatang anak pokok durian di seberang jalan gerai tersebut anak cicit kepada pokok pangsa enam tersebut.  Gitulah info yang diketahui..Wallahu a'lam


INFO 2 
PONDOK PANGSENAM
kredit untuk :  http://piewahid.blogspot.com

Saya pernah criter dulu bahawa mak saya ‘memondok’ di pondok kampung pangsenam, jalan triang, temerloh pahang. mana lah tau kut2 kengkawan memerlukan maklumat tertentu, saya criterkan sedikit perihal pondok ni.Semasa allahyarham ayahanda masih ada, mak bersama ayah memondok di pondok haji deraman sungai durian, kuala krai, kelantan. agak2 adalah dalam 3,4 tahun. kalu nk ikutkan ayah xbrape nk pegi tapi mak yang beria2 sgt, maklum la mak nak turut sama ke masjid dan sebagainya. kalau kat merapoh, mak xlarat nak jalan kaki ke masjid. mak sakit lutut. anak2 dh xde yg tinggal bersama mereka.nk harapkan kak njang, beliau pun ada kuarga sniri, pompuan lak tu. allahyarham ayah masih kuat masa tu, masih mmpu menunaikan solat berjamaah ke masjid 5 waktu sehari, siap ke kebun lagi stiap hari. pendek kata, ayah xbetah nak memondok begitu. camne pun betul jgk kata mak, anak2 dh ‘lepas’ belaka. kata mak, nak tunggu sampai bila sbb nk kejar dunia mmg xabis2 sedangkan umur siapa yg tahu. bahkan mereka boleh dikira sbagai penduduk merapoh yg ‘mewah’ juga. maklum la hasil penat lelah semasa muda & anak2 dah ada kerier masing2. mereka menikmati hasil kebun yg lumayan utk mereka berdua.

masalah kat sungai durian ialah jarak yg terlalu jauh utk kami menziarahi mereka. selalu lak banjir & sedara mara xde. jadi apabila ayahanda tercinta meninggal kerana masalah jangkitan paru2, t/jwb kami utk menjaga mak smakin bertambah. sedikit pasal ayah saya, sehingga ke akhir hayatnya beliau hampir tidak pernah meninggalkan solat berjemaah ke masjid & ke kebun kecuali semasa di wad hospital. tenaganya & semangatnya mengalahkan org muda. terlalu byk pkara yg beliau lakukan mninggalkan kesan mendalam & rasa kagum saya. scara peribadi mmg saya xmampu menandinginya & sgt berbangga dgn allahyarham.

akhirnya kami pujuk mak berpindah ke pondok pangsenam temerloh ni sbb saya dan adik saya bekerja & menetap di temerloh. kami diminta menyediakan sendiri sebuah rumah/ ‘pondok’ utk mak tinggal. hampir tiap2 petang saya dgn adik saya menolong tukang rumah menyiapkannya. akhirnya mak turut berpindah ke temerloh pada tahun 2003.

kat pondok ni semuanya org2 tua, ada yg ‘bujang’, ada yang masih berkelamin, bahkan ada yg bertemu jodohpun kat sini. kalau dengar criter mereka, mereka dtg dgn berbagai2 sebab, kebanyakannya mmg utk menuntut ilmu & meningkatkan amal ibadah. selainnya kerana desakan anak2 & kesunyian di kampung. pasal desakan anak2 tu, mcm2 la dia org mengadu, ada yg sgt menyedihkan tetapi ye lah… cakap sebelah pihak. kdg2 warga emas ni pun mcm2 sensitivitinya. xdpt nak kata apa lah..cuma yg pasti, kalu yg betul2 kesunyian & jarang dziarahi anak cucu, mmg jelas ternampak kekosongan jiwa mereka di penghujung usia.

rumah2 (pondok) yg dibina saling berdekatan dan pengisiannya dgn segala mcm aktiviti keagamaan sepanjang hari. mereka cuma berehat utk memasak dan selepas solat isyak. makan minum masak sendiri. masa lapang mereka biasanya berkongsi bercerita tentang sakit pening mereka, karenah anak cucu & masalah2 mereka. saya dgn adik saya bergilir2 membawa mak ke klinik/spital, melayan ketika sakit pening atau ketika mak nak ke mana2. alhamdulillah kami saling memahami, jadi xde la kecoh2 kalu terlebih terkurang. menjaga mak yg dah berumur ni mcm2 ujiannya, kalu jenis yg suka menyalahkan, memang susah lah jadinya.

stakat ni mak nampaknya masih seronok duduk di sana. kadang2 bila dia boring tu, pandai2 la kami layan. dia pun faham, sehabis daya xmau menyusahkan anak2.

agak2nya, kalu panjang umur kita, camne la kita menghadapi akhir usia kita ye? ada yg kata anak yg ramai akan menjamin kebajikan kita di hari tua, ye ke? saya xstuju… ada yg kata, anak yg alim, yg jadi imam, biasa solat jenazah, memandikan & mengkafankan jenazah akan uruskan kita, pun saya xstuju… setiap org ada bahagian masing2. kdg2 anak yg kita harapkan itu la yg pergi lebih dulu dari kita atau kebetulan ketika itu tidak sempat balik dan sebagainya. kdg2 anak2 yg paling degil atau org yg kita anggap musuh semasa hayat tu la yg byk uruskan & tolong kita. xpcaya, tengok la sekeliling kita ketika kematian seseorang itu tiba… kita hanya mmpu berusaha.

"oOo.. garang & bkuasa benar kau ye? tunggu la saat kematian. ketika itu, seekor semut pun yg memasuki rongga hidung xkan mampu engkau tepis. percaya la.."

bangunan yg dijadikan surau & tempat pembelajaran. kat tingkat atas, kelas fardhu ain utk kanak pada waktu petang
sebahagian dari pemandangan kawasan pondok mak saya

termenung memikirkan sesuatu sambil menunggu waktu maghrib

pondok mak yg ada payung tu. ada gambar makcu kawan mak yg datang bertandang
ni lah nama & papan tanda pondok