Friday, May 14, 2010

PENGENALAN

PATIN SANGKAR PANGSENAM (PSP) - telah diusahakan oleh 2 rakan kongsi yang berasal dari Kampung Pangsenam, Temerloh yang terletak hanya 4 kilometer dari Bandar Temerloh. Antara spesis ikan yang diternak adalah Patin dan Talapia. Spesis ikan ini adalah yang paling laris dan mendapat permintaan yang baik di pasaran.

Bandar Temerloh sangat terkenal dengan Ikan Patin sehingga mendapat gelaran sebagai Bandar Ikan Patin. Sepangjang sungai Pahang yang lebar itu, berbaris sangkar ikan patin dan tilapia diusahakan oleh anak-anak tempatan Temerloh. Perusahan ini telah berjaya meningkatkan taraf hidup pengusaha dan menjaya menyumbangkan ekonomi Daerah Temerloh amnya.

PATIN SANGKAR TEMERLOH (PSP) telah diusahakan oleh ABDUL RAHIM BIN ISMAIL (SALAM) dan HALID BIN OSMAN. Mereka juga dibantu oleh seorang pekerja tetap yang juga anak kampung Pangsenam bernama Sufian. Mereka telah mengusahakan projek ternakan ikan patin dan tilapia ini bermula bulan Januari 2008.

Dengan modal permulaan sendiri berjumlah RM6,000 dan dibantu oleh Agro Bank Cawangan Temerloh sejumlah RM20,000 mereka telah mula mengorak langkah dengan menternak ikan patin dan talapia didalam 10 sangkar.

Kini PSP memiliki 28 sangkar dengan 2 spesis utama ikan iaitu patin dan tilapia dan anggaran kesemua aset tersebut adalah RM108,000 .

Sangkar Ikan 'PSP'
Kerja-kerja memberi makanan
Sufian memberi makan Patin & Talapia

PATIN SANGKAR PANGSENAM (PSP) mampu mengeluarkan 35kg ikan patin dan tilapia sehari dan jualan mencecah sekitar 1 ton sebulan. Jualan ikan patin dan tilapia PSP dijual disekitar bandar Temerloh.

PSP juga menjual hasil ternakan mereka di gerai tetap mereka di Kampung Pangsenam. Lokasi mereka sangat mudah dikenali kerana Gerai Jualan dan sangkar ikan PSP adalah yang paling mula sekali akan ditemui di Kampung Pangsenam jika datang dari arah Bandar Temerloh.

PSP bercadang untuk mengembangkan jualan mereka ke luar Temerloh jika ada permintaan tetap. PSP juga bercadang untuk meningkatkan pengeluaran ikan patin dan talapia mereka kepada 3 ton sebulan jika permintaan dari luar Temerloh diterima.

1 comment:

  1. Caesars Entertainment, Inc. - Jtm Hub
    Caesars Entertainment, 양산 출장샵 Inc. 제주 출장마사지 (NASDAQ: CZR) (“Caesars Entertainment”) is a real estate investment company that provides a 서귀포 출장샵 variety 김해 출장안마 of gaming, 부산광역 출장안마

    ReplyDelete